Bandar Permaisuri

Koordinat: 5°31′N 102°45′E / 5.517°N 102.750°E / 5.517; 102.750Bandar Permaisuri (dikenali juga sebagai Kampung Buluh, nama asal) ialah sebuah bandar dan ibu daerah bagi daerah Setiu, Terengganu, Malaysia.Bandar Permaisuri merupakan pusat komersial dan pentadbiran bagi daerah Setiu, menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk membeli belah atau berurusan dengan institusi kerajaan dan swasta. Bandar ini ditubuhkan setelah pengistiharan daerah Setiu sebagai daerah baru di negeri Terengganu pada tahun 1985 dan secara rasminya dijadikan sebagai ibu daerah kerana kedudukan geografinya berada di kawasan tengah daerah Setiu. Daerah ini merupakan daerah bongsu negeri Terengganu yang ditubuhkan pada 1 januari 1985 hasil daripada perakuan Unit Pemodenan dan Kemajuan Pentadbiran (MAMPU. Bandar ini kini menempatkan pejabat dan institusi kerajaan bagi pentadbiran daerah Setiu dengan Putera Jaya yang terletak di selatan bandar ini menjadi bandar satelit untuk penempatan kakitangan kerajaan di daerah Setiu.

Rujukan

WikiPedia: Bandar Permaisuri http://www.jkmnm.gov.my/index.php?option=com_conte... http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?opti... http://jkm.terengganu.gov.my/index.php?option=com_... http://mds.terengganu.gov.my/ http://infobanjir.water.gov.my/ http://tadika.yit.gov.my/index2.php?option=com_con... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Banda... http://en.wikipedia.org/wiki/Geography_of_Malaysia... https://web.archive.org/web/20140714191028/http://... https://web.archive.org/web/20140714194923/http://...